Macamana Nak Menabung Untuk Korban Aidil Adha?

Aidil Adha dah dekat. Dah buat tempahan untuk korban? 

Atau masih hadapi masalah yang sama macam tahun-tahun sebelum ni? Tak cukup bajet.

Ibadah korban Aidil Adha adalah sunnah yang sangat sangat sangat dituntut. Terutama yang berkemampuan. Bahkan ada segelintir ulama yang kata wajib.

Mesti kita taknak lepaskan peluang dapat ganjaran korban setahun sekali ni kan?

Tapi, tiap kali nak sampai Raya Haji je, bajet tak cukup pulak.

Mungkin lepas ni dah boleh menabung setahun sebelum.

"Dah pernah buat, tapi sudahnya terpakai duit yang dikumpul tu" 

Itu kita panggil kebocoran 😄

Apa kata cuba simpan emas pulak? InsyaAllah lebih berkesan elak kebocoran.

Katakan kita aim seekor kambing. Kita boleh nisbahkan seekor kambing dengan 1 dinar iaitu 4.25g emas = RM1326 (harga semasa)

4.25g / 12bulan = 0.35 ~ 0.4g.

Jadi setiap bulan beli sahaja 0.4g emas. Jika ikut harga waktu saya menulis ni, 1g = RM312. Jadi 0.4g = RM124.80. 

Atau jika kita tak dapat simpan jumlah tu, kita boleh mulakan dengan korban diluar negara. Kosnya lebih murah. Contohnya korban di Uganda yang diuruskan oleh team Ust Zaharuddin.



Seekor kambing RM550.

RM550 / RM312/g (harga emas semasa) = 1.76g ~ 1.8g.

1.8g / 12 bulan = 0.15g sebulan.

Jadi anggaran simpanan sebulan 0.15g =~ RM46.80 (Jika buat simpanan emas di akaun GSS MEEM gold, pembelian minimum adalah RM50).

Jadi setiap bulan simpan sahaja 1.5g tak kiralah berapa harga emas waktu tu.

Tapi, kenapa kira gram, tak kira duit?

Boleh sahaja mana-mana. Cuma, bila kita aim gram insyaAllah kita simpan nilai sekali. Jika kita aim duit, mungkin harga kambing meningkat nanti, dan jumlah akhir yang kita kumpul  berkurang dari target asal. Kena topup pulak. 

Kita kena tahu, kenaikan harga emas secara umumnya berkadar langsung dengan kenaikan harga barang. Jadi, jika harga kambing naik waktu tu, kemungkinan harga emas juga naik. 

Walau apapun, yang penting kita dah berusaha sebaiknya untuk laksanakan satu ibadah yang sangat-sangat dituntut ni. Usaha yang kecil ni pasti Allah tidak sia-siakan.

Nabi ï·º menyampaikan khutbah, sabdanya, "Pertama kali yang akan kita kerjakan pada hari ini adalah shalat, kemudian kembali pulang dan menyembelih hewan kurban. Maka barangsiapa mengerjakan seperti ini bararti dia telah memenuhi sunnah kami." Shahih Bukhari Nombor 898.


Jadi, dah sedia nak menabung untuk korban 2024?

Tapi, belum ada akaun Meem Gold?


Daftar akaun percuma di sini 👉👉 DAFTAR 


Lepas tu boleh terus buat pembelian di bahagian GSS-purchase. Emasnya akan disimpan di dalam akaun GSS anda dan anda boleh semak bila-bila masa. Dah cukup gram nanti, nak keluarkan pun boleh. ☺️


Semoga tiada lagi kebocoran simpanan untuk korban tahun hadapan dan semoga simpanan emas kita diberkati dan dirahmati Allah. ☺️


#rich1000xilmdinar #meemgold

Comments

Popular posts from this blog

Beli Emas Sambil Dapat Income

Bagaimana Simpan Emas, Fokus Akhirat?

Misi Duit Hijau Tukar Emas