Barang Kemas atau Emas Ketul?
Apa kebaikan emas ketul atau jongkong emas ( gold bar/gold wafer ) berbanding emas perhiasan? Saya cuba terangkan point penting yang mengikut pendapat saya cukup untuk bantu kita membuat pilihan. Pertama. Emas perhiasan kebiasaanya adalah emas 916 iaitu mempunya 91.6% ketulenan emas. Manakala emas ketul adalah emas 999 iaitu mempunyai 99.99% ketulenan emas. Kedua. Perbezaan harga jual dan beli atau dipanggil spread . Contoh: Beli barang kemas RM1000, dan tiba-tiba kita nak jual hari tu juga. Jadi harga jual di kedai yang sama adalah dalam anggaran RM800. Nilai spread 20%. Dalam sesetengah keadaan, boleh berkurang sehingga RM700, iaitu 30%! Manakala jika kita beli emas ketul RM1000 dan kita nak jual hari yang sama, harga jual di kedai yang sama contohnya adalah RM850 - RM900. Nilai spread 10% - 15%. Jika beli melalui akaun simpanan emas nilai spread boleh capai serendah 7%, seperti di Akaun GSS MEEM Gold. Ketiga. Barang kemas akan jadi emas terpakai apabila ...