Bagaimana Simpan Emas, Fokus Akhirat?

Baru-baru ni saya terlihat sedutan video Dr Haifaa Younis tentang segala apa yang kita buat didunia ini mesti berfokus kepada akhirat. 

Contohnya, kenapa nak kahwin? Kenapa nak ada kerjaya? Kenapa nak jadi kaya? Semuanya mesti berfokuskan akhirat.

Jadi, saya cuba refresh semula kenapa saya nak simpan emas? Macamana saya nak pastikan saya kumpul emas untuk akhirat?

Walaupun, secara kasarnya semua tujuan ada berlegar-legar dalam kepala dan saya agak yakin ia bukanlah bertujuan mengejar keduniaan, tapi saya belum pernah senaraikan dan susun betul-betul.

Penting sebenarnya untuk kita senaraikan dan lihat apa matlamat kita, bukan sahaja dalam menyimpan emas tapi apa sahaja yang kita buat dalam hidup ini supaya kita nampak dengan jelas hala tuju kita dan menjadi peringatan kepada kita untuk tidak tersasar daripada matlamat asal.

Ok yang pertama,

Tujuan saya menyimpan emas secara agak serius adalah untuk mencapai kebebasan kewangan ataupun financial freedom. Saya nak selesaikan semua hutang, terutama hutang-hutang yang tiada jaminan perlindungan jika apa-apa terjadi kepada saya. Hutang-hutang zaman jahil urus kewangan. Kita tidak mahu mati membawa hutang. Tidak mahu membawa hutang dunia ke akhirat.

Dari Salamah bin Akwa' r.a., katanya: "Pada suatu ketika, kami duduk dekat Nabi saw. Tiba-tiba datang orang membawa jenazah. Kata mereka, "Sudilah anda solatkan jenazah ini." Tanya beliau, "Adakah dia mempunyai hutang?" Jawab mereka, "Tidak!" Tanya Nabi, "Adakah dia meninggalkan warisan?" Jawab mereka,"Tidak!" Lalu beliau solatkan jenazah itu. Kemudian datang pula orang membawa jenazah yang lain. Kata mereka, "Ya, Rasulullah! Sudilah anda solatkan jenazah ini." Tanya Nabi, "Adakah dia mempunyai hutang?" Dijawab oleh mereka, "Ya, ada!" Tanya beliau, "Adakah dia meninggalkan sesuatu warisan"?" Jawab mereka, "Ada, tiga dinar!" Lalu beliau solatkan jenazah itu. Kemudian dibawa orang pula kepada beliau jenazah yang ketiga. Kata mereka, "Sudilah anda solatkan jenazah ini." Tanya Nabi, "Adakah ia meninggalkan sesuatu (warisan)?" Jawab mereka, "Tidak!" Tanya Nabi saw., "Adakah dia mempunyai hutang?" Jawab mereka, "Ada, tiga dinar!" Sabda Nabi saw., "Solatkanlah teman mu itu!" Kata Abu Qatadah, "Solatkanlah, ya, Rasulullah! Biarlah saya yang menanggung hutangnya. Maka Rasulullah solat untuk jenazah itu." Shahih Bukhari


Kedua, sebagai simpanan untuk menunaikan Haji dan Umrah.

Dua ini adalah matlamat paling utama. Ada lagi yang sampingan seperti simpanan pendidikan tinggi anak-anak dan lain-lain. Cuma saya fokus dua ini dahulu. 

Tapi kenapa emas? 

Kenapa tak simpan duit sahaja? 

Dari pengalaman saya sendiri, saya ni kurang disiplin untuk menyimpan duit. Contoh, simpan RM500 awal bulan, hujung bulan korek RM200. Kadang-kadang korek balik semua. Ini seoalah-olah bukti saya tidak serius nak capai matlamat saya. Jadi, bila simpan emas, sekurang-kurangnya saya menunjukkan kesungguhan saya.

Kedua, saya melihat simpanan emas adalah salah satu cabang pengurusan kewangan dan ia adalah satu metode PENGURUSAN KEWANGAN yang BIJAK jika betul caranya. 

Sebab itu nak simpan emas ni perlu ada ilmu. Perlu tahu jenis simpanan emas yang terbaik (BACA SINI), tempat yang betul untuk membeli, cara simpanan yang betul, strategi membeli dengan keadaan kewangan yang mendesak, harga semasa jual dan beli emas, risiko simpanan emas.

InsyaAllah, jika ada kesempatan dan daya, saya akan cuba kongsi info-info ni di posting yang akan datang.

Jadi, pendapat saya, salahlah anggapan bila kita sebut tentang emas, ianya besifat keduniaan semata-mata, sedangkan semua maklum ilmu berkaitan emas ini termasuk dalam ilmu muamalat.

"Muamalat ialah aktiviti yang melibatkan perhubungan manusia dengan manusia. Muamalat juga merupakan tatacara atau peraturan dalam perhubungan manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang berlandaskan syariah Allah s.w.t yang melibatkan ekonomi dan sosial Islam.

Muamalat dewasa ini lebih popular digunakan untuk aktiviti dalam sistem kewangan dan ekonomi Islam. Islam memberi kelonggaran kepada manusia bagi menggunakan akal fikiran yang diberikan oleh Allah bagi mencari cara-cara yang sesuai dengan kehendak manusia dan kemampuannya untuk mencapai kehidupan yang baik dan selesa selaras dengan prinsip Syarak." Sumber: Laman sesawang JAKIM.

 

Satu lagi perkara penting, jika kita simpan emas berfokuskan akhirat, insyaAllah kita akan sentiasa berjaga-jaga dengan aktiviti dan urus niaga kita dengan emas. Kita akan pastikan segala urusan adalah patuh syariah contohnya dengan memastikan syakirat yang kita berurusan mendapat pengiktirafan patuh syariah daripada badan yang dipercayai atau diyakini. 

Nak tahu antara tempat terbaik membeli emas?

Boleh kenal-kenal dengan MEEM Gold di sini 👉 MEEM GOLD


Jom urus kewangan dengan emas!

Comments

Popular posts from this blog

Beli Emas Sambil Dapat Income

Misi Duit Hijau Tukar Emas