Posts

Showing posts from July 7, 2023

Bagaimana Simpan Emas, Fokus Akhirat?

Baru-baru ni saya terlihat sedutan video Dr Haifaa Younis tentang segala apa yang kita buat didunia ini mesti berfokus kepada akhirat.  Contohnya, kenapa nak kahwin? Kenapa nak ada kerjaya? Kenapa nak jadi kaya? Semuanya mesti berfokuskan akhirat. Jadi, saya cuba refresh semula kenapa saya nak simpan emas? Macamana saya nak pastikan saya kumpul emas untuk akhirat? Walaupun, secara kasarnya semua tujuan ada berlegar-legar dalam kepala dan saya agak yakin ia bukanlah bertujuan mengejar keduniaan, tapi saya belum pernah senaraikan dan susun betul-betul. Penting sebenarnya untuk kita senaraikan dan lihat apa matlamat kita, bukan sahaja dalam menyimpan emas tapi apa sahaja yang kita buat dalam hidup ini supaya kita nampak dengan jelas hala tuju kita dan menjadi peringatan kepada kita untuk tidak tersasar daripada matlamat asal. Ok yang pertama, Tujuan saya menyimpan emas secara agak serius adalah untuk mencapai kebebasan kewangan ataupun financial freedom . Saya nak selesaikan semua hutang