Posts

Showing posts from June 6, 2023

Macamana Nak Menabung Untuk Korban Aidil Adha?

Image
Aidil Adha dah dekat. Dah buat tempahan untuk korban?  Atau masih hadapi masalah yang sama macam tahun-tahun sebelum ni? Tak cukup bajet . Ibadah korban Aidil Adha adalah sunnah yang sangat sangat sangat dituntut. Terutama yang berkemampuan. Bahkan ada segelintir ulama yang kata wajib. Mesti kita taknak lepaskan peluang dapat ganjaran korban setahun sekali ni kan? Tapi, tiap kali nak sampai Raya Haji je, bajet tak cukup pulak. Mungkin lepas ni dah boleh menabung setahun sebelum. "Dah pernah buat, tapi sudahnya terpakai duit yang dikumpul tu"  Itu kita panggil kebocoran 😄 Apa kata cuba simpan emas pulak? InsyaAllah lebih berkesan elak kebocoran. Katakan kita aim seekor kambing. Kita boleh nisbahkan seekor kambing dengan 1 dinar iaitu 4.25g emas = RM1326 (harga semasa) 4.25g / 12bulan = 0.35 ~ 0.4g. Jadi setiap bulan beli sahaja 0.4g emas. Jika ikut harga waktu saya menulis ni, 1g = RM312. Jadi 0.4g = RM124.80.  Atau jika kita tak dapat simpan jumlah tu, kita boleh mulakan den