Barang Kemas atau Emas Ketul?

Apa kebaikan emas ketul atau jongkong emas (gold bar/gold wafer) berbanding emas perhiasan?

Saya cuba terangkan point penting yang mengikut pendapat saya cukup untuk bantu kita membuat pilihan.  


Pertama.

Emas perhiasan kebiasaanya adalah emas 916 iaitu mempunya 91.6% ketulenan emas.

Manakala emas ketul adalah emas 999 iaitu mempunyai 99.99% ketulenan emas. 


Kedua. 

Perbezaan harga jual dan beli atau dipanggil spread.

Contoh:

Beli barang kemas RM1000, dan tiba-tiba kita nak jual hari tu juga. Jadi harga jual di kedai yang sama adalah dalam anggaran RM800. Nilai spread 20%. Dalam sesetengah keadaan, boleh berkurang sehingga RM700, iaitu 30%!

Manakala jika kita beli emas ketul RM1000 dan kita nak jual hari yang sama, harga jual di kedai yang sama contohnya adalah RM850 - RM900. Nilai spread 10% - 15%. Jika beli melalui akaun simpanan emas nilai spread boleh capai serendah 7%, seperti di Akaun GSS MEEM Gold. 


Ketiga.

Barang kemas akan jadi emas terpakai apabila kita nak jual semula, jadi kebiasaan harganya akan berkurang daripada harga pasaran semasa, walaupun emasnya masih nampak baru dan kita jual kepada pembeli individu. Ini kerana taraf emas tersebut telah diturunkan kepada emas terpakai.

Manakala, kita masih boleh menjual emas ketul dengan harga pasaran semasa kepada pembeli individu. Tidak pernah pula saya dengar istilah gold bar terpakai, ke memang ada?

Contoh:

Kita beli emas 1g Meem RM344. Kita boleh terus jual semula kepada pembeli baru dengan harga yang sama iaitu RM344 atau jika harga pasaran meningkat kita boleh sahaja jual mengikut harga pasaran semasa. 

Tetapi jika kita beli barang kemas, contohnya harga RM1000, agak sukar kita nak jual segera dengan harga yang sama. 


Mana satu yang terbaik?

Rata-rata mereka yang berpengalaman dan boleh dikatakan pakar dalam emas, mencadangkan emas ketul atau jongkong emas sebagai simpanan atau pelaburan emas yang terbaik.

Akhirnya, ia bergantung pada penilaian kita. 


Mencari tempat terbaik untuk membeli emas ketul? 

Boleh kenal MEEM Gold di SINI, sebuah syarikat emas Bumipetera Islam.

Tak sabar dah nak simpan emas? Daftar akaun percuma di SINI. =)



Comments

Popular posts from this blog

Beli Emas Sambil Dapat Income

Bagaimana Simpan Emas, Fokus Akhirat?

Misi Duit Hijau Tukar Emas