Posts

Showing posts from June, 2023

Beli Emas Sambil Dapat Income

Image
Bayangkan kita beli emas untuk diri sendiri, tapi tetap dapat insentif.  Seperti dapat rebate atau pendek kata macam dapat diskaun istimewa!  Tapi.. kurang 15 hari je lagi promosi upgrade reseller MEEM Gold ni. Siapa yang ada bajet antara RM7500 hingga RM26000 untuk beli emas dan memang merancang untuk konsisten menyimpan emas di MEEM, jangan lepaskan peluang ni. Ada beberapa pakej sesuai ikut bajet kita. Bayangkan kalau kita simpan RM500 sebulan, kita dapat RM5 ke RM10 insentif. Kalau setahun?  Jangan risau, lepas buat belian di GSS dan website MEEM Gold, boleh terus keluarkan emas fizikal dan jual kepada yang berminat mengikut harga pasaran. Duit tu bolehlah simpan semula dalam bank ke Tabung Haji ke kalau nak. Ada tiga pakej reseller di Meem. 1. Exclusive Reseller Bajet 1, iaitu pembelian semua emas dalam hari yang sama: RM7500 Bajet 2, iaitu pembelian emas secara terkumpul April - Jun : RM9000  Insentif 1%  2. Premium Reseller Bajet 1, iaitu pembelian semua emas dalam hari yang sa

Barang Kemas atau Emas Ketul?

Apa kebaikan emas ketul atau jongkong emas ( gold bar/gold wafer ) berbanding emas perhiasan? Saya cuba terangkan point penting yang mengikut pendapat saya cukup untuk bantu kita membuat pilihan.   Pertama. Emas perhiasan kebiasaanya adalah emas 916 iaitu mempunya 91.6% ketulenan emas. Manakala emas ketul adalah emas 999 iaitu mempunyai 99.99% ketulenan emas.  Kedua.  Perbezaan harga jual dan beli atau dipanggil spread . Contoh: Beli barang kemas RM1000, dan tiba-tiba kita nak jual hari tu juga. Jadi harga jual di kedai yang sama adalah dalam anggaran RM800. Nilai spread 20%. Dalam sesetengah keadaan, boleh berkurang sehingga RM700, iaitu 30%! Manakala jika kita beli emas ketul RM1000 dan kita nak jual hari yang sama, harga jual di kedai yang sama contohnya adalah RM850 - RM900. Nilai spread 10% - 15%. Jika beli melalui akaun simpanan emas nilai spread boleh capai serendah 7%, seperti di Akaun GSS MEEM Gold.  Ketiga. Barang kemas akan jadi emas terpakai apabila kita nak jual semula, ja

Cara Terbaik Pelaburan Emas

Image
Daripada ketiga-tiga buku yang saya baca ni, semua penulis mencadangkan cara terbaik simpanan atau pelaburan emas adalah dengan memiliki emas 999 secara fizikalnya. Kalau macam tu, apa perlunya akaun simpanan emas? Gunakan akaun simpanan emas seperti GSS MEEM Gold untuk kita capai sasaran gram emas tertentu secara sedikit demi sedikit.  Contohnya kita sasarkan 5 gram emas, setelah cukup 5gram, kita pergi sahaja HQ Meem dan keluarkan fizikalnya (hanya tambah cas premium/kos upah RM10 - boleh pos juga). Atau 10 gram dengan tambahan cas premium/kos upah RM15 - Lebih besar gram lebih jimat cas premiumnya.  Pembelian melalui akaun simpanan emas juga lebih murah berbanding belian terus di website. Dah ready nak kumpul gram emas?   Register akaun emas GSS MEEM Gold di 👉  SINI Tak kenal MEEM Gold? Boleh kenal-kenal dengan MEEM Gold di sini pulak 👉  MEEM GOLD

Ketika Ekonomi Merudum

Image
Bila ekonomi jatuh merudum atau berlaku inflasi hiper, semua simpanan kita yang 'attach' dengan institusi kewangan akan terjeas. Yang tinggal, hartanah yang dah jadi 100% milik kita, bukan yang ada pinjaman bank lagi ye. Dan.. Emas yang kita pegang fizikalnya. Apa-apapun semuanya dengan izin Allah dan satu-satunya perlindungan yang hakiki adalah perlindungan dari Allah. Kita hanya usaha, urus kewangan sebaiknya. Selebihnya serah pada Allah. Refleksi buku 'Masa Untuk Emas', Azizi Ali. 

Nak Beli Emas, Tapi Macamana Kalau Harga Emas Turun?

Image
"Lama dah usha-usha emas ni, tapi risau pulak kalau beli nanti harga emas turun."  Hmm..Saya faham sangat perasaan ni, sebab saya dulu pun macam tu. Saya tangguh dulu, tengok dulu, sudahnya harga emas dah naik melangit, tapi saya tak beli beli jugak.  Carta harga emas di Malaysia pergram.  Tahun 2013-2023 menunjukkan kenaikan hampir 100% ______ Dalam apa-apa perkara pun, perkara paling penting adalah ILMU. Hatta nak buat ibadah khusus pun kena ada ilmu yang betul, tak boleh ikut ikut je. Bila kita sudah ada ilmu, kita faham betul-betul tentang emas, kita tak akan risau dah turun naik harga emas.  Satu lagi, bila sebut emas ni, rasa macam sembang orang kaya kan? Rasa tak layak. Eh, ini pun saya dah rasa dulu.  Sedangkan emas ni sama je macam duit, digunakan untuk pertukaran jual beli. Cuma emas dalam bentuk logam, duit dalam bentuk kertas.  Untuk yang baru nak bermula, set dulu dalam kepala yang emas ni adalah untuk simpanan jangka panjang.  Kenapa simpan emas? Sebab emas meny

Macamana Nak Menabung Untuk Korban Aidil Adha?

Image
Aidil Adha dah dekat. Dah buat tempahan untuk korban?  Atau masih hadapi masalah yang sama macam tahun-tahun sebelum ni? Tak cukup bajet . Ibadah korban Aidil Adha adalah sunnah yang sangat sangat sangat dituntut. Terutama yang berkemampuan. Bahkan ada segelintir ulama yang kata wajib. Mesti kita taknak lepaskan peluang dapat ganjaran korban setahun sekali ni kan? Tapi, tiap kali nak sampai Raya Haji je, bajet tak cukup pulak. Mungkin lepas ni dah boleh menabung setahun sebelum. "Dah pernah buat, tapi sudahnya terpakai duit yang dikumpul tu"  Itu kita panggil kebocoran 😄 Apa kata cuba simpan emas pulak? InsyaAllah lebih berkesan elak kebocoran. Katakan kita aim seekor kambing. Kita boleh nisbahkan seekor kambing dengan 1 dinar iaitu 4.25g emas = RM1326 (harga semasa) 4.25g / 12bulan = 0.35 ~ 0.4g. Jadi setiap bulan beli sahaja 0.4g emas. Jika ikut harga waktu saya menulis ni, 1g = RM312. Jadi 0.4g = RM124.80.  Atau jika kita tak dapat simpan jumlah tu, kita boleh mulakan den

Simpan Emas di Meem Gold

Image
Meem Gold & Jewellery ditubuhkan pada tahun 2021 dengan platform perdagangan dalam talian yang mematuhi prinsip syariah (Elzar Shariah Solutions & Advisory), yang mengubah cara anda membeli, menyimpan, menjual, dan menukarkan emas fizikal.   Kenapa MEEM Gold menjadi pilihan pembeli emas?  1. Dimiliki 100% oleh  bumiputra Islam  dan mendokong kempen Sokong Peniaga Pembayar Zakat (SPPZ) yang diterajui oleh PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia)  2. Harga EMAS lebih murah dan perpatutan. 3. Spread/ susut nilai rendah  (beri lebih keuntungan). 4.  Tiada caj  simpanan EMAS  5.  Tidak perlu tinggalkan baki  minimum dalam akaun seperti akaun bank. Tiada caj pengaktifan semula sekiranya baki tinggal 0.00g  6. Setiap transaksi online/offline disahkan  patuh syariah dan dipantau secara berkala  oleh penasihat syariah  Dr. Zaharuddin Abdul Rahman. 7. EMAS keluaran MEEM Gold  diterima meluas untuk pajakan  oleh kebanyakan Ar-Rahnu di Malaysia  8. Urusan  pembelian mudah  dan pantas. 9. P

Kenapa Emas?

Image
Emas, logam berharga yang mempesona dan berkilau, telah menarik perhatian manusia sepanjang zaman. Tetapi kenapa emas begitu istimewa?  Emas sangat mempesonakan dengan warna kuning keemasannya yang cantik dan kilauannya yang memancar. Keindahannya memeberikan ilham kepada pereka untuk mencipta karya seni dan perhiasan yang indah. Selain itu, emas juga sangat tahan terhadap karat dan hakisan, menjadikannya bahan yang ideal untuk perhiasan yang tahan lama.  Emas juga berfungsi sebagai pengalir elektrik yang baik dalam industri dan teknologi. Kebolehtahanannya terhadap reaksi kimia menjadikannya sangat berguna.  Selain dari kecantikan dan kegunaannya, emas juga dianggap sebagai bentuk mata wang dan simpanan kekayaan yang stabil. Nilainya cenderung tinggi dalam jangka masa yang panjang, memberikan ketenangan pikiran kepada mereka yang menyimpan emas.  Kesimpulannya, emas memikat hati manusia dengan keindahannya, kegunaan praktikalnya, dan sifat sebagai pelindung nilai. Ia tetap relevan sep