Posts

Showing posts from July, 2023

Bagaimana Simpan Emas, Fokus Akhirat?

Baru-baru ni saya terlihat sedutan video Dr Haifaa Younis tentang segala apa yang kita buat didunia ini mesti berfokus kepada akhirat.  Contohnya, kenapa nak kahwin? Kenapa nak ada kerjaya? Kenapa nak jadi kaya? Semuanya mesti berfokuskan akhirat. Jadi, saya cuba refresh semula kenapa saya nak simpan emas? Macamana saya nak pastikan saya kumpul emas untuk akhirat? Walaupun, secara kasarnya semua tujuan ada berlegar-legar dalam kepala dan saya agak yakin ia bukanlah bertujuan mengejar keduniaan, tapi saya belum pernah senaraikan dan susun betul-betul. Penting sebenarnya untuk kita senaraikan dan lihat apa matlamat kita, bukan sahaja dalam menyimpan emas tapi apa sahaja yang kita buat dalam hidup ini supaya kita nampak dengan jelas hala tuju kita dan menjadi peringatan kepada kita untuk tidak tersasar daripada matlamat asal. Ok yang pertama, Tujuan saya menyimpan emas secara agak serius adalah untuk mencapai kebebasan kewangan ataupun financial freedom . Saya nak selesaikan semua hutang

USD vs Harga Emas

Image
Adakah trend kenaikan dolar US menandakan harga emas di Malaysia akan terus turun? Boleh tengok trend carta harga emas antara Malaysia dan US 👇 Sama tak? Emas di Malaysia naik hampir secara istiqamah untuk jangka masa panjang, manakala US pula lain corak kenaikkan dan penurunannya. Harga emas di Malaysia tidak secara langsung terikat dengan US dolar.  Ada beberapa faktor lain yang mempengaruhi seperti kos import emas yang dibeli dengan nilai USD pastinya memberi kesan kenaikan harga emas di Malaysia. Kedua, kenaikan USD sememangnya memberi kesan kepada ekonomi seluruh dunia yang mempengaruhi permintaan dan harga emas di Malaysia. Tengah mencari tempat nak beli emas?   Boleh kenal-kenal dengan MEEM Gold di sini 👉 MEEM GOLD Jom urus kewangan dengan emas!

Misi Duit Hijau Tukar Emas

Image
Ini baki duit raya tahun ni. Duit baru semuanya. Sayang betul nak guna, sedap je bau. Kononnya nak simpan je sampai raya tahun depan. Tak payah dah kalut-kalut nak tukar duit kalau tak sempat. Tiba-tiba terfikir, kalau simpan je duit ni setahun lagi nilai duit maybe dah berkurang. Kalau simpan emas, boleh jadi harga emas dah naik. Lagi berbaloi simpan emas.  Arh.. tolak tepi rasa sayang duit baru, terus masuk tabung start kumpul duit RM5. Hujung bulan nanti kita tengok dapat berapa.  Cukup target, kita tukar emas terus dekat GSS Meem Gold. Cukup 5/10 gram ke 1 dinar ke kita keluarkan fizikal pulak. Nak join menabung duit hijau lepastu tukar jadi emas? Jom register ahli MEEM Gold free je di 👉  SINI . Nanti dah cukup tabung, boleh terus tekan purchase 🥰 Kalau tak kenal lagi MEEM Gold boleh baca sekali lalu di sini 👉 MEEM GOLD Jom urus kewangan dengan emas!